Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 November 2016

Pijah

Hari Ahad lepas aku ke Banting, wedding Nurul. Wahaha! panjang betul ceritanya. Pelbagai halangan. My bad sebab lemah geografi. Dan sangatlah tak organize nya, menjadikan the plan sangatlah kelaut. Banyak lesson learnt from this journey.

But, all is well. Sampai jugalah ke kenduri Nurul ^^,

Tahniah Nurul!! akhirnya berakhirlah penantian Nurul selama ini terhadap seorang Mr Right. (Teringat pulak Nadya, semoga arwah Nadya baik sahaja di alam sana. Alfatihah)

Ok, nak cerita kan perjalanan ke Banting ni, aku disertai Pijah dan rakan USIMnya Zara. Ini first time aku jumpa Pijah, selalu tengok dalam wasap group je. I really thought Pijah adalah one of geng usrah Nad, turn out she is not! wahaha. ok xpe.

Pastu aku tanya lah Pijah macam mana boleh kenal Nad. Dia cakap Fb. Aku like, seriously FB?
'Betulke ni Pijah, FB ke twitter ni? macam rare gila kut FB' Pastu pijah cakap,
'Kak Nad add FB dulu baru twitter' Peh, lagi aku rasa rare!

(Haha, sorry Pijah if u read this. tapi i memang masih curious orang kenal kat FB ni. Kalau twitter dulu baru FB boleh hadam lah jugak)

Atau mungkin berkenalan kat FB adalah sesuatu yang tidak asing pada satu masa dulu, cuma sekarang ni je dia nampak asing? Atau sebab aku hanya add orang yang aku kenal je kt FB? (Biasalah orang tua) Maka tak dapat connect kan relation dia?

Ok berbalik kepada kes ni, aku teringat pulak dulu masa zaman-zaman blogspot tengah hit dikalangan rakan sebaya. Masa tu bukan main syok lagi duk tukar-tukar template blog semua nak nampak sweet-sweet gitu. Aku tengok template blog Izzah ni, memang teringat lah dulu aku pernah gak guna template nih.


Masa zaman blog ni lah selalu jumpa random people on the internet (selain dari di chatroom yang rajin di lawati lebih kerap berbanding masjid) Aku ni menulis blog adalah secara picisan dan tidak lah saing2 blogger femes yg sering menghadiri gathering bloggers. maka, kadang-kadang bila ada orang selalu singgah dan komen kat post, rajin jugaklah aku melawat blog depa.

So dari sini i gain more stranger friend. Aku ingat ada sorang ni nama dia Izzah Sakinah aku selalu follow blog dia, macam best. sampai tahap aku pernah ada fon number dia, tapi tulah.. once upon a time. mana ntah nombor dia. Biasalah fon pun berapa kali dah tukar.

Oh berbalik kepada zaman rajin tukar-tukar template ni. Biasalah zaman blog dulu masih beginner bab bab IT ni, so tiap kali tukar template boleh kata half of bloglist hilang. T.T Maka, yang remain hari ni adalah yang terselamat je. Banyak lagi yang dah hilang seiring dengan zaman.

Kesimpulannya, aku nak relate kan dengan kes Pijah ni je lah. Aku pernah berkawan dengan stranger on the net, tapi tak sempat jumpa je la. Pijah ni dengar nya sampai gayut berjam jam lah selalu dengan Nad. Hehehe.

Sekian.

24 November 2016

Kadang-kadang

Seperti yang kita tahu, dunia yang sebentar ni adalah sebuah persinggahan menuju ke negeri abadi.

Seperti sedang berada di atas sebuah bakul yang tergantung bersamanya belon helium yang besar. belon ni nak bawa kita menuju Allah.

Tapi, dalam masa yang sama ada banyak perkara mengikat bakul ini dari terus terbang bebas. Nak kita buang tali itu, sayang nya! Semua pun adalah kesayangan-kesayangan kita.

Dan itu lah,

selagi kita masih berkehendak kepada dunia, perkara-perkara yang mengikat kita ni takkan sanggup kita lepaskan. semua kecintaan. memaksa kita. melambatkan masa berusaha menuju Dia.

sebenarnya,

dah sampai masanya untuk kita memotong tali-tali yang menahan langkah kita untuk terbang menuju Dia. apalah luka meninggalkan dunia, sedang akhirat makin melambai-lambai memanggil kita.

'So, flee to Allah'
Al Quran 51:50

strive to Jannah yuk!

ada rindu yang panjang tentang seorang aku yang dulu.

23 November 2016

five point o

Dah sejak sekian lama aku memaku hasrat untuk menghadirkan diri.
tanda solidariti aku terhadap keinginan rakyat demi Malaysia yang lebih baik.
terhadap usaha mematahkan kleptokrasi pimpinan.
terhadap pilihanraya yang lebih telus.

bila orang kata, apa sebab untuk bersama Bersih?
aku rasa tiada sebab untuk tidak bersama.

bila orang kata, ala sama je mana-mana pun bila dah teruji dengan wang semua akan gelap mata.
bagi aku, gelap mata is our prediction yang tak tau pun akan jadi atau tak. tapi jelas-jelas keadaan sekarang dah membuktikan pimpinan yang ada tak mampu dah nak beri nafas yang lebih stabil untuk Malaysia.

So no biggies to have a try aite? kita pun dah dalam worst state scenario. we have nothing to loose btw. Tanpa kita berbuat apa-apa pun, negara kita dah tergadai.

Bersih mungkin tak akan menjatuhkan pimpinan, tapi bersih adalah suara rakyat untuk Malaysia. Dan saya berada disini bersama semua, untuk turut menyatakan betapa berduka cita nya saya terhadap Malaysia hari ini.

Berilah nafas baru kepada Malaysia, berilah harapan untuk anak muda.

untuk Malaysia yang lebih baik~


pen off.
#hoppingmiracletohappen
(pinjam sket tagline izzah)

22 November 2016

White water rafting @ Ulu Selim

Nak cerita pasal WWR. | 20 November 2016, Ahad.

WWR tahun ni memang meriah ya sambutan dia, kalah last year! (ok tahun lepas hambar gila! haha) Biasa lah tu, last year GSB kan sendu lagi. But sokayy, life is like that kan, sentiasa ada room for improvement.

Sambutan untuk program ni agak meriah juga, walaupun harga dia agak kencang kan, RM180/pax tapi amazingly ramai peminat ya! Sampai mula-mula kitorang agak akan exceed 50 peserta. Tapi macam biasa at the end ramai yang datang dan pergi. macam tu. end up peserta ada 45!

Bersama kembar, people sometime think she is me. hmm..

Berlepas dari PJ jam 7.30 pagi dengan Izzah dan Ju. Kalut! pagi tu baru la terhegeh nak fotostet borang keahlian. Waha! Nasib baik Izzah sememangnya sangat pemurah, memberi printernya untuk fotostet. Ahaha.

Sampai di KFC Tg Malim, seperti yang dirancang 8.30 pagi (ok, lebih beberapa minit dari jam tersebut) Tetapi ada masalah teknikal sikit since dekat Tg Malim ni je ada beberapa KFC, dan atlast kita decide untuk berkumpul di KFC BHP. Ada 11 kereta semuanya berkumpul di KFC, setelah 1 kereta mengalami miscom dan telah pun bergerak dulu. Sementara Ude yang datang dari Utara memang dah sejak sediakala terus ke tapak program. Jadi total kereta adalah 13 buah.

Sesampai di Kampung Ulu Slim, bagi beberapa minit kepada peserta untuk pergi toilet dan tukar baju or kasut. Kemudian proceed dengan signing consent form, seterusnya taklimat dari pihak My Host Adventure.

Setel kat situ, group photo, then naik 4wd menuju ke hulu sungai. Ok hari tu, hujan ya. Dan telah berlangsung sejak semalamnya. Kata abang driver, kalau hujan berlarutan dan air naik pada takat membimbangkan, ada kemungkinan kita tak boleh proceed dengan wwr ni. Maybe kena postpone ke tarikh lain.

Tapi alhamdulillah sampai starting point, tinggal gerimis kecil. Brader continue dengan briefing keselamatan. Untuk kali ni sebenarnya aku takdelah berdebar teruk macam tahun lepas. Tapi ngam-ngam brader ni buka mulut untuk taklimat, terasa nervous tu kembali menerkam pulak. Ahaha! Tapi takpe, tabahkan hati. Control sikit wajah ketakutan.

Bila kena bahagikan satu kumpulan 5-6 orang, maka aku grab je lah orang-orang disekeliling ku! So, Izzah, Ita, Una, Keon dan Mid selaku orang terhampir terpaksa rela kan hati lah sekumpulan dengan aku.


Tak dapat dinafikan tahap thrill dia adalah sedikit lebih tinggi berbanding masa di Sg Kampar. Aku rasa, ada 2 faktor. Pertama, sebab masa kat gopeng kitorang datang di luar musim hujan, so air sikit hence tak deras. Kedua, kat Sg Selim ni kan baru lepas hujan, jadi air dia tinggi dan laju! Puas hati. 


Bot aku punya guide, surim dan ba au. Bila dah last tu, Surim suruh semua himpit kat depan bot, dia cakap nak buat willy (nak terbalikkan bot lah tu~) tapi sayangnya tak berjaya. Haha! Maka kali ni, untuk bot aku, tak sorang pun jatuh, alhamdulillah. Toward the end tu, diorang minta kami semua turun dari bot dan freebody di hanyutkan arus ke end point.

Not bad gak, best jugak masa terbawa arus tu. Tenang dan tidak perlu memikir banyak. Macam dalam hidup ni, follow the flow memang best. tak perlu bangkang orang, tak perlu gaduh. Just enjoy the show. Tapi tu lah, tak selamanya kita boleh biar arus membawa kita, seketika tak mengapa. Bukan selamanya! Prinsip akan memastikan kita mampu berhenti pada waktu yang tepat. (kalau tak mau hanyut sampai ke laut gamaknya)


Dah sampai hujung, maka macam biasa, group photo! Kemudian berkemas dan kembali ke Kampung Ulu Selim. Mandi, makan tengahari dan penutup/ reflection time!

Kali ni, ada 2 kawan chinese. Robert dan Walter!

Selepas 3 tahun bersama GSB (fuh.. fuh.. lama jugak ni) isn't activity yang amaze me anymore.

It's the people within ^^,

Mengenal orang baru, mengenal pelbagai cerita berbeza dari setiap kita, isn't it lovely?

ok cukup throw back, jom tidur senyum malam ni.

17 November 2016

unexplain

Minggu ni aku bekerja di luar pejabat biasa aku. Pejabat ni, jauh sikit lah dari pejabat aku. maka sejak awal pagi lagi dah kena tercongok tunggu LRT.

rabu.
kat pejabat ni, kalau kehadiran penuh ada, 8 orang. tapi semalam, ada 5 orang je. ada yang cuti la, outstation la. maka dari 5 orang ni, ada seorang je lelaki. boss baru kat sini adalah perempuan, baru nak masuk sebulan kat sini.

baru bermula hari, tiba-tiba system hang. beberapa orang tengah guna sistem call sebab tak boleh nak klik apa-apa. jadi bagitau lah boss sini, bila check, bilik server panas dan dalam masa yang sama sql used 100%. kalau da used 100% gitu memang tak boleh lah nak buat anything. nak taknak kena kill or restart. tapi yang tak faham kenapa bilik server tiba-tiba aircond prob. bila call vendor, diorang check timer rosak menyebabkan aircond off tiba-tiba. vendor nak angkat je timer tu, tukar baru. tapi boss cakap try swap dulu. eh bila swap ok pulak, jadi swap semula jadi kedudukan asal. eh takde masalah plak kau kan timer. jadi terpinga-pingalah kami siapa pulak yang off kan aircond bilik server.

khamis.
pagi ni, member sorang tak sihat. aku kat sini memang duduk sebelah dia. sebabkan sakit, maka dia keep on tidur bangun several time. sampai la kira-kira jam 11.30 macam tu, bila officer kat sini datang kat tempat kitorang.

dia cakap, boss besar suruh check kenapa internet slow. dia nak tahu siapa yang kuat main youtube sampai tarik bandwith. bila check nampak la hostname ni, xx2xx. so dia suruh member check pc, nak tengok hostname tu refer to which pc. turn up, memang pc member ni, aku terkejut sikitlah sebab dia cakap pc ni la pakai youtube banyak, sedangkan memang aku tengok member aku ni tidur je dari tadi. dia buka sekejap tengok sistem kalau ada staff call bagitau masalah. mula-mula aku ingat maybe ada pc lain hostname sama. aku tanyalah officer tu, ada IP dia tak. dia pi check, then datang semula. bila dia tanya IP member ni, turn out memang IP yang sama, mean memang PC ni lah yang telah menonton youtube sepanjang pagi sehingga masa member ni terbangun dari tidur.

time aku dengar tu, berdiri gak la bulu roma. gulp.

ada banyak benda yang unexplained dalam dunia ni. tak semua benda boleh kita beri penjelasan. ahahaha, till then!

15 November 2016

Garis waktu

Semua akan baik sahaja pada waktunya.

"Kau masuk ke dalam hidupku tanpa permisi, berputar bagai gasing dalam fikiranku"

Selalu kita dengar, time may heals. ternyata itu benar sekali. yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. tak selamanya akan patah, dan tak selamanya akan hilang.

kadang perlu patah dan hilang untuk seketika, supaya kita belajar menghargai. namun takkan apa-apa kerana masa adalah ubat terbaik untuk menyembuh luka.

"Bumi tak akan berhenti berputar ketika kau memilih untuk berhenti melangkah"

apa pun yang terjadi hidup perlu diteruskan, jatuh untuk kita bangun lagi. bukan untuk kita berhenti. sakit akan hilang pada waktunya. semuanya hanya perlu waktu. nikmati segalanya dengan perlahan dan sederhana. tiada apa yang perlu kita paksakan.

"tuhan tidak pernah terlalu sibuk untuk mendengarkan doa kita"

doalah kepada Dia, agar semuanya dipermudahkan. semua akan baik sahaja pada waktunya.

Garis waktu adalah karya pertama Fiersa Besari yang aku beli. Sesuai dengan tagline kulit buku, sebuah perjalanan menghapus luka. Kira-kira ada luka tentang cinta lalu, boleh cubalah baca. Ahaha~ Plot dia jempol bak hang!

"sekarang aku mengerti, disebalik rencana yang gagal, tersembunyi hikmah yang indah"

Patah hati, jangan lama sangat ya!

Oh ya, siap ada lagu k, kelas tak kelas bung (fiersa besari) ni, nah, silakan layan..


Sekian,

14 November 2016

80 sen

hai semua.

hari ni aku beli roti, choco raisin. harga tertulis kat situ RM4.45. Jadi aku bayarlah dekat kakak kaunter beberapa helai duit kertas RM1. Rupanya terlebih, lepas tu dia pulang kan RM1. Jadi aku assume, duit yang aku beri tu terlebih RM1 dan dekat tangan dia kiranya hanya RM5 sekarang.

lepas tu dia beri baki syiling. sebabkan semalam aku terdengar tentang pentingnya kita re-check baki dan resit, maka aku pun cek baki syiling yang dia beri.

eh, 80 sen.

masa tu da keluar kedai. jadi aku pun buat kira-kira sikitlah. simple math kan. harga roti 4.45, aku bagi 5. patutnya dia pulangkan 55 sen lah kan. kenapa dapat 80 sen ni.

jadi, aku masuk balik

"kak saya rasa salah lah ni"
"harga roti RM4.80 dik"
pastu aku tunjukkan syiling 80 sen kat tangan aku. dan tunjukkan harga roti yang tertera kat roti, RM4.45
"ye dik, sekarang memang harga roti macamtu, walaupun tulis situ RM4.45, tapi harga dia RM4.80"

tapi sebab muka aku masih blurr, dia sambung lagi penjelasan. tapi macam emosi kak tu aku rasa da lain macam. mungkin hectic sangat kerja dan diorang tak lunch lagi kut. jadi aku iyakan je lah, pura-pura faham.

'patut baki 20 sen je lah kan? hmm..'

aku malas nak gaduh lagi, terus keluar kedai. sebabkan kau macam nak marah aku, jadi aku kira lebih 60 sen tu untuk dengar marah kau lah kan? ahaha~

susah betul kan nak menegakkan kebenaran ni.

okbai.

04 November 2016

the North trip - end.

Sebenarnya ada last part yang aku tak post lagi tentang Penang Trip :P. Sebab dia da ada dalam draft post kan, maka aku post jugaklah.

*

Aku pun tak tau mengapakah rajin sangat aku pecah kan pengembaraan ni kepada terlalu banyak post. *mata panda* lemau gila dah nak update.

22. Rope walk, lebuh kunyit flea market || 8.40 pagi

Hari terakhir di Penang, Huda bawa kami ke Flea Market ni. Tepi tu ada kedai orang bersarapan. Ada roti bakar telur goyang katanya. Ada juga char kuey tiaw. Maka tak dapat nak lepas kan peluang! Sesampai tu orang ramai, tapi berjaya la dapatkan tempat. Dah duduk, Ude order megi goreng. Aku nak roti bakar telur goyang, Awanis nak Char Kuey Tiaw. Tapi sedih, both kami punya menu tak dak. ROti habis, dan taugeh tak dak nak buat kuey tiaw. Maka kami incip2 sarapan Ude dan minum air je.

Lepas makan jalan sat kat flea market. Lebih kurang lokin di Ipoh jugak lah tempat ni. Tapi lokin lagi win di hatiku. Hehe. Dan unbelievable Awanis borong dokong kat Penang! Bawa naik flight balik Shah Alam k! mampu? haha.

23. Rumah Pi Ramlee || 9.35 pagi

Ini memang random, ketika sedang berpusing-pusing terjumpa rumah Pi Ramli. Gigih aku minta Ude berhentikan kereta. Sampai dia kena hon juga lah sebab parking kat tempat tak bleh parking.



Kecik je rumah pi ramlee ni eh. Tapi aku suka lah! minimalis. Kalau dapat rumah besaq ni pun aku rasa dah cukup dah untuk aku. Tapi tu lah, rakyat marhaen ni, mampu tengok je lah rumah orang. Poket kempis kan.

24. Jalan Chowrasta || 10.13 pagi

Singgah jalan ni, sebab Ude punya cadangan untuk kami memborong jeruk. Sayangnya ada construction tepi tu, maka tak nampak view menarik di Jalan Chowrasta. Ahaha~



25. Char kuey tiaw dan Pasembur, medan suri || 12.42 tengahari 

Sebabkan antara misi makanan masih bersisa tak tercapai, maka gigih jugalah kami mencari tempat yang jual char kuey tiaw di pagi Selasa ni. Berusaha sangat k! Akhirnya kami menjumpai random kedai yang tak didendang. Dapat lah hilangkan rasa mengidam. So far aku rasa sedap jugala char kuey tiaw tu. (Tapi Sg Dua punya takleh lawan, lagi terangkat!)


Lepas dapat char kuew tiaw pegi pulak Medan Suri dapatkan Pasembur. Masa ni, perut aku memang tak leh masuk dah. So aku tengok je lah Awanis dan Ude layan Pasembur. Serius, full gila. Aku cuma beli cucur peniram je. Buat bekalan dan kenangan. Haha~ Sedap nya cuq peniram medan suri.

26. Rumah wa, askar wataniah || 4.48 petang

Lepas pekena pasembur dan char kuey tiaw, kami pun ke rumah terakhir untuk diziarahi. Hazwani Fuad! Kawan aku dan Ude masa sekolah menengah! Wa kawen dengan askar, maka sekarang tinggal dalam berek askar. Rumah dia besar! Rumah kuarters kan. Tapi sayang, 1 blok tu dia tinggal sorang je. Ok seriau. Kalau husband dia kerja, tinggallah dia berdua dengan anak dia.

Sampai rumah wa, dia da siap masak makan tengahari. (Walhal kitorang tadi da memenuhkan perut dengan macam-macam kan) Nasib baik aku skip persembur, wa buat rendang udang kut! Besar-besar plak tu udang dia. Sedapnya~


Airport.

Lepas makan duduk berehat sebentar, sambil layan anak dia dan borak-borak apa yang mampu, lepas tu dalam 5.30~6 petang kami pun berangkat untuk ke airport semula. Perjalanan pendek untuk ingatan yang panjang. (Feeling nak buat video tak berjaya2 lagi! sigh)

bye penang! till we meet again.

**

Sedikit update, aku jumpa Ustazah Latifah masa dekat Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI) kat Shah Alam hari tu! Masa pergi Penang tu kan baru je terkenang, tak alih-alih terus jumpa masa kat PTI. Memang aku tiap tahun pun jumpa ustazah kat program tu lah pun! Indeed, PTI ni memang tempat reunion kut. Ahaha~ Ustazah tak pencen lagi, ada ja lagi duk ngajar kat KMPP!

01 November 2016

Hai November!

Its a new day, its a new month. Jangan lupa bersyukur untuk kurniaan tak terhingga nikmat nafas, nikmat sihat yang kita ada hingga hari ini. Above all, nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. (walau tak putus hamba alpa ini melakukan dosa, tak pernah gagal Allah memberi nikmat nafas walau sesaat. Subhanallah. Astaghfirullah. Alhamdulillah)

Hari ni, ada sorang rakan yang dah lama bercuti masuk ke ofis. Panjang cerita dia mengenai anak nya. Oh ya, dia bercuti kerana anak nya menjalani pembedahan jantung, jantung berlubang. Sudah seminggu (sejak anak keluar wad) kata nya tak dapat tidur sempurna.

"Kat sana, I jumpa seorang ni dah 3 bulan dalam wad. I tanya, anak yang kedua macam mana? sakit juga ke. Dia balas I, yang kedua ok. Kalau yang kedua pun tak ok, I dah tak ada kat sini, panjat high residence dan terjun. Satu pun dah sangat susah"

Betapa pengorbanan para ibu ni, bila anak-anak sakit.

"Im glad my son hanya 1-off punya case. Bedah sekali saja. Ada few yang kes lain, kena datang beberapa kali. Yang 1-off ni pun I dah rasa sangat stress"

Kawan ni, memang aku tau dah lama dia nak anak. Dia kahwin dalam 2-3 tahun before aku rasa. Dan sebab dah bercinta dulu sebelum tu, biasanya lepas kahwin memang orang target nak ada anak lah kan? Tapi lama, masih tak dapat. Banyak orang yang kahwin lepas dia, dah mengandung dan ada anak. Pernah jugala dulu dia cerita kan how stress for her, bila orang duk tanya pasal anak. Sepanjang yang aku kenal .. dia memang sangat lah bertenang dan rasional. Jarang terikut emosi dalam membuat keputusan/ respon orang. Tapi bila dia cakap, ada satu masa tu dia nangis lepas orang tanya pasal anak, i think dia punya rasional pun dah sampai limit barangkali.

Turn out, dia dapat baby Mac baru ni. Masa tu aku pun tumpang gembira. Ya lah, jatuh bangun kesedihan dan kegembiraan dia kau dengar kan. Bila dapat anak tu kira macam dapat trophy gitu. Tapi, tu lah.. ujian orang lain-lain kan. Anak dia jantung berlubang since born.

"Kalau ada satu je nasihat yang I boleh beri, jangan minta ada anak. You pun tau kan how long i wait for this and end up macam ni"

Perbualan berakhir kat situ, dia balik ke tempat dia, dan rakan sekerja lain mula memenuhi pejabat. Dah pukul 9 rupanya.

Kita memang tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Dan bila sampai masanya, adakah kita mampu bersabar seperti selalu, seperti sabarnya kita saat menunggu dahulu. Mungkin sampai ketika ini ujian sabar ketika menunggu itu lebih mampu kita lakukan berbanding sabar setelah memperoleh.

Allahualam, Dialah yang Maha Tahu.

Hi November,
Selamat harga minyak baru!