Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label usul 20. Show all posts
Showing posts with label usul 20. Show all posts

11 March 2011

Friday Emo

Usul Kedua (Usul 20 karangan Imam As Syahid Hassan Al Bana)


Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan  kepada setiap  muslim  dalam
mengetahui  hukum-hukum  Islam.  Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab
dengan tidak  mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada  sunnah
yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah

....

"orang murtad tak perlu dibunuh, hanya jiwanya yang perlu dibunuh"
"tiada paksaan dalam agama"

hurm. habis tu kenapa lah kan zaman Abu Bakar tu pulun nak memerangi orang murtad? amboi lagi bijak dari solafussolleh sekarang eh.
bila dah jadi orang besar ni, dah stabil ngan kerja, dah mula nak berpasang-pasangan, dah ada anak sendiri.. ramai yang mula nak cari Islam. Alhamdulillah. Tapi aku ingatkan, kalau nak cari Islam tu, selidik dulu betul2. jangan main ikut je membuta-tuli. pastu belajar tak abes. pastu bagi ajaran sesat. hurm.
lagi satu, kalau nak belajar ilmu tafsir, belajar lah dengan orang yang ahli dengan bahasa AlQuran, jangan mentafsiri AlQuran berdasarkan terjemahannya. sebab bahasa Arab (bahasa Quran), lenggok bahasanya berbeza dari bahasa melayu kita.
dan lebih penting, bila sampai bab hukum ni.. aku nasihatkan, kalau kau tak berapa nak fasih atau tahu tentangnya. plis plis.. kau cakap je kau tak tahu, tapi kau akan buat rujukan dulu sebelum kau jawab. hurm.
....

*darah muda ni, cepat betul menggelegak.

ok, sekian entri friday emo aku. terima kasih sudi nak baca. sok lusa baca lagi deh.